Tuesday, November 30, 2010

perkahwinan itu...


Cute Myspace Generators

Perkahwinan itu...
satu keramat yang sukar
diungkap dengan kata-kata
melaluinya...
perlulah bersedia
menelusurinya...
saat indah penuh makna
bertatih dalam mengenal hati budi
memasuki kuliyyah rindu
mula berjinak dengan rajuk dan sendu
sentiasa tertunggu saat pertemuan mesra
penuh tawa senda
anehnya...
nikmat yang Allah SWT cipta
tatkala semua rasa ini
terhimpun menjadi satu...
ia juga institusi pembelajaran
sepanjang hayat
belajar dan terus belajar
didik dan mendidik
mencuba dan terus mencuba
mencipta kelainan dalam kesepadanan
membiarkan keunikan melilit keserasian
memberi dan mengadakan ruang
mencari resipi kekal harmoni
memecah bosan dan monotoni
menjaga adab menyulam komunikasi
menukar langkah mempelbagaikan cara
menyuntik mawaddah dan rahmah
membetulkan paksi cinta hakiki
AlKhaliq dan Rasul kekasih sejati
baharulah perkahwinan itu...
dirahmati
rumah itu...
baiti jannati...

jiwa halus seorang ibu

jiwa ini meronta
pabila melihat seorang 'ammar
darah daging sendiri
masih tercari-cari
hilang arah
tak mahu bersusah payah
di mana silap kami, ibu dan ayah
marilah telusuri jauh ke dalam diri
betulkan mana yang tampak canggung
tambahkan amalan yang terkurang
agar tidaklah kita
seperti anjing dengan bayang-bayang
menyalak bintang
terlepas tulang
mengongoi pulang
tidak juga kita seperti ketam
yang mengajar anak berjalan betul
sedangkan diri tidaklah lurus bendul...