Sahabat
Dewasa ini
Tatkala sesekali kita bertemu
Di ruang kerja yang sudah bersisa
Tingkahmu adakala kurasa kasar dan seolah memberontak
Guraumu keras melepasi batas
Menyentuh rasa meruntun jiwa
Tapi aku gagahkan tersenyum tawa
Aku pura-pura tidak mendengar
Sedangkan hati kecilku terguris
Menahan sebak yang menumbuk dada
Malah menitiskan airmata
Ahh...airmata di penghujung usia kerja ini
Sungguhlah begitu murah sekali...
Ingin sahaja aku berlari pulang meninggalkan semua
Tapi kugagahkan jua
Tidak wajar aku mengambil hati
Kerana kutahu engkau seolah harimau luka
Yang terbeban dengan kerja
Dan terkesan dengan aku yang bakal pergi
Bak katamu selalu
Merajuk pada yang peduli
Kita sebenarnya exact opposite
Engkau peramah aku pasif
Engkau OCD aku messy
Engkau cekap aku clumsy
Kita juga jarang berbual
Tapi saling memahami isi hati
Engkau akur aku sahabat yang sibuk
Jarang ada masa luwes untuk bertanya khabarmu
Tetapi ketahuilah ingatanku terhadapmu tetap ada
Sahabat...
Berlainan denganku
Engkau selalu punya waktu untukku
Menyimpankan aku ini dan itu
Aku hargai semua itu
Sahabat...
Tiada tak semestinya tak berjumpa
Berhenti tak bermakna ternoktah di sini
Teruslah berjuang
Walau landasan kita selepas ini berbeza
Yang dituju tetap sama
Sebutkanlah namaku pada Dia
Andai ku kau tak temui di sana...
#Wantysaad
Thursday, August 9, 2018
Sahabat
Subscribe to:
Posts (Atom)